Sejarah ISO 4217

Pada tahun 1973, Jawatankuasa Teknik 68 ISO memutuskan untuk mengembangkan kod bagi mewakili mata wang dan wang untuk kegunaan perdagangan, perniagaan, atau perbankan. Dalam sesi ke-17 (Februari 1978) PBB/ECE, Kumpulan Pakar bersetuju bahawa kod abjad tiga-huruf untuk Piawai Antarabangsa ISO 4217: "Kod untuk perwakilan mata wang dan wang" adalah sesuai untuk kegunaan perdagangan antarabangsa.

Dengan berlalunya masa, mata-mata wang yang baharu dicipta dan mata-mata wang yang lama ditamatkan. Seringnya, perubahan-perubahan ini disebabkan oleh kerajaan baharu (menerusi perang atau perlembagaan baharu), perjanjian antara negara yang menstandardkan mata wang, atau penilaian semula mata wang, akibat inflasi. Oleh itu, senarai kod mata wang harus dikemaskinikan dari semasa ke semasa. SIX Interbank Clearing, agensi penyenggaraan ISO 4217, bertanggungjawab kepada penyenggaraan senarai kod tersebut.